Tuesday, January 28, 2014

Kejadian dan Pengalaman yang tak dapat aku lupakan

hari nie, dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur, masa tu kat Gua Musang, Kelantan. on the way, masa tu kereta abang saya nak naik bukit. Tiba-tiba, bunyi tayar meletop. Kereta masa tu, macam nak terbabas pun ada. Lepas tu, berhenti la kereta tepi jalan. Tengok la tayar kereta tu dah pecah. So, lekas-lekas saya dan abang saya nak tukar tayar spare. Masa tu pulak, muka abang aku macam pelik semacam je. Tiba-tiba dia suruh saya alihkan kereta ke depan sikit. pastu, alih lah kereta tu. tengah tukar tayar tu, bunyi salakan anjing. Abang saya nampak sekor, Ma saya nampak sekor, kakak ipar saya nampak sekor. tapi yang pelik nye, saya nampak banyak ekor anjing yang berkeliaran. masa tu dah naik seram dah rasanya. selesai semuanya, pergi la cari kedai tayar kereta yang masih buka masa tu. Dah jumpa, tukar tayar. pastu terus balik. Masa dalam kereta, abang saya ceritakan benda yang dia nampak masa tukar tayar tadi. Dia suruh saya alihkan kereta sebab dia nampak lembaga atau jin yang didapati yang menjaga anjing-anjing yang berkeliaran tu. masa tu juga, abang saya nampak banyak jugak anjing-anjing kat situ, tapi dia tak nak menakutkan dan menambahkan lagi masalah pada masa tu. so, dia tak cakap la masa tu. Masa tu berdiri la rasa bulu roma satu badan. 





p/s : nie tulis post nie pon rasa berdiri bulu roma.. huhu. :)

Monday, January 27, 2014

Aku Suka Seorang Gadis yang berlesung pipit

Assalamualaikum. Hhmm, hari nie rasa nak luah perasaan kat dalam blog nie. Pada suatu hari, masa tu kat kem Final Touch SPM kat SMK Bachok. Aku jumpa la seorang gadis nie. Tapi saya tak tegur dia pon. Saya cuma nengok je dari jauh. Saya kenal dia pon kat facebook je. So, saya sekarang just menjadi secret admire dia. Saya sebelum nie, usaha cari number phone dia. Mintak dengan kawan-kawan dia yag lain. Dah habes ikhtiar. Dapat rezeki, dapat number phone dari best friend dia. tapi sampai sekarang saya tak call atau sms dia sebab saya takut dia marah saya curi-curi ambil number phone dia. So, sampai sekarang saya simpan je perasaan saya terhadap dia. Kawan-kawan saya cakap, lebih baik saya luahkan perasaan terhadap dia.. HAISHH. habes pikir-pikir dah. sampai sekarang jadi je gitu. 

AKU TAK BISA MELUAHKAN!! 


saya bagi clue la sket. Nama dia A_ _ _ _ N _ _ _ _ _ _  ... korang teka la sama-sama. :)





Saturday, January 25, 2014

Dari Putra Height KE UTM, Skudai, Johor

Hari ni sangat memenatkan dan meletihkan saya kerana saya asyik tidur dalam sepanjang perjalanan dari Shah Alam ke Johor. haha! Hari ni pergi hantar abang saya yang no.2 ke UTM yang nak sambung pengajian dia (degree). 

So, saya sanggup tak tidur semata-mata takut tak bangun awal untuk bertolak ke Johor. Pukul 4.00 pagi saya bertolak dari Shah Alam.  Lepas tu, sampai dalam pukul 9.00 pagi. Sepanjang perjalanan tu, saya tidur je memanjang. Pejam mata start dari Shah Alam, pastu sampai kat Johor dah.

Dah sampai sana, kena la tunggu abang saya daftar kat UTM dan dia ada taklimat oleh pihak UTM. Disebabkan taklimat abang saya selesai lewat, saya dan yang lain pergi ke Pasir Gudang berjumpa kawan sekolah lama abang saya yang satu lagi. Sambil menunggu dia la katakan. hehe~

Pastu pergi pula kat UTM untuk jemput abang saya kat sana. Pastu balik. Dalam pukul 10.00 malam dah sampai kat Putra Height. 

Friday, January 24, 2014

Aku Juga Minat Ukulele



Kepada korang sudi dengar cover song saya, dengarlah puas-puas k! Hehe. Saya harap korang suka cover song saya yang tak seberapa nie.

Ni lah salah satu hobi saya, iaitu strumming ukulele. Seingat saya, masa tu lawatan sekolah, pegi la Plaza Angsana, Johor Bahru. Saya masuk satu kedai muzik ( tak ingat nape ape ). So many kind of music instrument lahh.. Budjet saya ada la dalam RM100. Hajat nye nak beli guitar. tapi beli juga yang kecik punya. haha. So, sekarang dah melekat minat saya dalam bermain ukulele ni. hehe.

Aku seorang PHOTOGRAPHER

Assalamualaikum. Hari nie, saya ingin menceritakan sepanjang pengalaman saya sebelum dan selepas menjadi seorang photographer. Mula-mula saya minat bidang photography ni apabila saya tengok abang saya yang bekerja sebagai photographer. Saya selalu tengok gambar-gambar yang dia shoot wedding-wedding sebelum nie. Bermula disitu lah saya berminat dalam bidang ni. So, mula-mula saya nak beli DSLR nie, saya beli yang paling basic. Kalau tak silap saya, Nikon D5000. Harganya mahal la pada masa tu. Lepas setahun saya guna, abang saya bagi modal buat beli camera yang baru, tapi bukan yang baru sangat, yang secondhand punya. Tapi shuttercount camera tu sikit je baru guna. So, saya beli dan terus belajar dengan abang saya. Dan selepas 2 minggu, saya mula start bekerja sebagai photographer. 

Pengalaman semasa bekerja pula, macam-macam ragam para customer. Macam-macam ada. Banyak sangat sampai tak boleh nak tulis kat dalam post nie. Haha. Tapi, dengan kerja sebagai photographer ni, saya dapat jumpa pelbagai kerenah manusia, selain itu dapat dapat berkenalan dengan orang lain. 

Setakat itu sahaja post saya pada hari ini, harap-harap dengan izin Allah swt dapat lagi publish post-post yang menarik untuk anda-anda semua baca. Peace :)